Ok, tujuan saya buat karangan siapa saya ni ialah untuk mencari sahabat-sahabat lama yang pernah satu sekolah atau satu tempat belajar dengan saya atau setempat kerja dengan saya. Boleh lah rapatkan semula ukhuwah. Mana tau ada pembaca blog saya satu sekolah rendah dengan saya kan? Fasha Sandha ke Aweera ke...hehe.
Tempat Lahir Saya
Abah saya tentera darat. Jadi memang kami merantau sana sini. Saya sempat tinggal di KL selama 8 tahun. Kemudian kami pulang menetap di kampung halaman mak dan abah di Perlis.
EX-SKPTD, Sg. Besi (1991-1992)
Dulu saya pernah bersekolah di SKPTD (Sek. Keb. Pengkalan Tentera Darat, Sg Besi, KL) masa darjah satu dan darjah dua. Banyak jugak pengalaman semasa saya kat sana. Antara yang saya tak boleh lupakan ialah kisah pak cik aiskrim.Alkisahnya pak cik ni penjual aiskrim bermoto kat sekolah saya. Saya ni sangatlah pemalu masa kecik-kecik dulu (eh sekarang pon .. hihi). Dia suka sangat 'usha' orang. Satu hari tu dia 'usha' saya sampai saya takut sangat. Memang tajam sangat mata dia tu. Hari-hari dia akan buat macam tu bila nampak saya. Saya memang akan sembunyi belakang kawan kalau pak cik aiskrim tu ada kat tempat tunggu van tu. Akhirnya, bulan Ogos 1992, saya lega sangat sebabnya abah saya ditukarkan ke Perlis. So berpindah lah saya ke sekolah di sana. Dapat lah saya lari dari pak cik aiskrim tu kan...hehe syukur!
EX-SKSP, Kangar (1992-1996)
Kenangan admin di SKSP bersama sahabat-sahabat dan Fasha Sandha |
Oh korang nak tau tak, saya satu kelas dengan pelakon cantik dan cun Fasha Sandha. Cer tengok dalam gambar di atas. Fasha sandha yang dalam bulatan warna kuning. Saya pulak warna merah. Masa tu dia tak popular lagi kat dunia luar tapi memang sangat popular kat sekolah. Dia memang cantik. Macam anak kacukan gitu. Fasha ni baik orangnya. Lembut dan peramah jugak. Saya pernah satu team bola jaring dengan dia masa sukan sekolah. Kami berada dalam rumah sukan yang sama iaitu rumah kuning. Oh ya dia jugak aktif dalam sport. Apa-apa pun sukan mesti ada muka dia. Terbaiklah Fasha Sandha ni!
EX-SMKAP, Kangar (1997-1999)
SMKAP, gambar ihsan dari google |
Selepas dapat 4A's dalam UPSR 1996, saya dengan gembiranya apply Sekolah Menengah Agama (perempuan) Kangar (SMKAP). Alhamdulillah dapat. Maka bermula lah tingkatan 1 saya di SMKAP. Best. Seronok sangat sebab dikelilingi persekitaran yang soleh. Banyak yang saya belajar di bumi SMKAP. Kat sini lah saya belajar pakai tudung labuh, belajar bahasa arab dan lain-lain yang superbest! Ustazah yang paling saya tak boleh lupa ialah Allahyarhamah Ustazah Fuziah Sani. Beliau ialah pengetua SMKAP semasa saya di sana.
Ada satu pesanan beliau dalam perhimpunan yang terngiang-ngiang kat telinga saya sehingga hari ini,
'Bila jumpa sampah di tangga, kutip dan buanglah walaupun ia hanya secebis kertas'.Kenapa? Kalau kita biarkan macam tu je, ia akan menyebabkan ruang ingatan kita making kurang. Maknanya space dalam otak kita dipenuhi dengan benda-benda yang tak perlu (contoh macam sampah sarap tu). Kalau kita kutip dan buang, kita tak akan ternampak-nampak dah sampah tu dalam minda kita kan. Haa gitulah lebih kurang.
EX-SMKAA, Arau (2000-2001)
Kelas 5 Abu Bakar 2001 |
Saya juga bekas pelajar Sek. Keb. Agama Arau (SMKAA) dari tahun 2000-2001. Masuk tingkatan 4 sebab nak ke aliran sains tulen. Dapat jugak KISAS tapi tak mau p sebab dapat aliran agama (oh alasan je tu..padahal anak manja mak...hihii). Di sinilah saya berkenalan dengan orang yang mencuri hati saya..sapa lagi kan kalau bukan suami pujaan hatiku. Hehe...tapi tak mulakan percintaan kat sini. Rupa-rupanya masa kat kelas dulu dia suka 'usha' saya. Saya je tak perasan. Hihihi. Jom layan gambar kelas saya. Si dia pun ada tu.
EX-Apium, Nilam Puri, Kelantan (2002)
gambar ihsan dari google |
Lepas SPM, saya ditawarkan ke matrikulasi langkawi tapi saya tolak sebab nak tunggu IPTA. Alhamdulillah selepas itu saya dapat masuk ke Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri di kelantan untuk kos Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Oh memang saya ditakdirkan ke aliran agama. Suasana kat sana memang best. Ada biah solehah. Allah bagi seperti apa yang saya doakan. Tapi ntah kenapa saya buat keputusan untuk keluar dari situ. Ya Allah, saya sanggup 'tanam anggur' di rumah di kala sahabat-sahabat lain sedang bertungkus lumus di matrikulasi. Yang pasti saya yakin ada hikmah disebaliknya.
Ex-Pekerja Kilang (2002)
gambar ihsan dari google |
Jangan tak percaya saya pernah kerja kilang. Bukan sebagai technician atau engineer tapi sebagai pekerja biasa. Pernah juga kerja syif malam. Pengalaman yang sangat best. Sebulan je saya tahan. Lepas dapat gaji terus tak p dah. Serik la jugak kerja kilang ni. hehe.. memang salute la dengan pekerja kilang.
Ex- Pekerja di kedai buku (2002)
gambar ihsan dai google |
Selepas kerja kilang, saya meneruskan aktiviti mencari duit dengan berkerja di kedai buku pulak sebagai cashier. Banyak jugak pengalaman best kat sini.
Ex- Pekerja cuci pinggan di kedai makan (2002)
Gambar ihsan dari google |
Kemudian saya teruskan pula dengan pengalaman mencuci pinggan di kedai makan. Nak jadi waiter pemalu..hihii. Sehari je pon saya kerja ni. Tokey bayar gaji hari. Dapatlah rm10 buat beli majalah Anis.
EX-Matrik UIA, PJ (2002-2003)
Bersama my BFF Salihah |
Alhamdulillah tak disangka-sangka saya dapat jugak jejak kaki mendaftar di matrik uia,pj untuk intake yang ketiga. YaAllah rasa nak nangis sangat. Tak pernah tau pun tau ada intake ketiga ni. Tapi Allah itu Maha pemberi. Dengan izin Nya ada seorang kawan ni bagitau,
"eh azra, hang tak mau cuba ka apply matrik uia? depa bukak third intake tu".
Saya pun apa lagi terus apply. Dan alhamdulillah rezeki kat sana dalam bidang sains biology.
Ex-UIA Kuantan (2004-2008)
AGD, Kulliyyah of Nursing |
Selepas setahun setengah di matrik uia, saya sambung blajar di uia kuantan. Last sem masa matrik dulu saya buat keputusan tukar ke kos nursing. Degree in Nursing. kos baru ni di uia dan saya antara first batch students. ada 12 orang je pun. Pengalaman jadi student first batch ni ada yang best dan ada jugak yang mencabarnya. apa-apa pun alhamdulillah berjaya jugak graduate dengan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan walaupun pada mulanya sangatlah tak suka dengan nursing ni. Berkat doa mak abah, saya dapat award best student untuk batch tu. Memang tak sangka. Kuasa Allah kan.
Ex-Nurse di IJN (2008)
sesi orientasi di IJN bersama farah dan jua |
Bersama misi-misi cantik di wad bunga raya, IJN |
Selepas je grad, saya dapat beberapa panggilan interview dari hospital seluruh malaysia ni. Antaranya PCMC, IJN, Metro Specialist dan lain-lain. Antara tu semua saya kena buat pilihan IJN atau PCMC...dan akhirnya saya pilih IJN. Di IJN, banyak ilmu yang saya belajar. Belajar dari rakan sekerja, persekitaran dan juga daripada pesakit-pesakit itu sendiri. Priceless!
Saya ditempatkan di ward bunga raya - ward untuk first class dan golongan vvip. Antara golongan vvip yang pernah di admit di sini ialah Tun Mahathir Mohamad.
Disebabkan tak tahan dengan kerja syif, saya ambil keputusan untuk bertukar kerja ke bidang pendidikan pulak. Jadi cikgu pada pelajar nurse gitu..hehe.
Ex-Masterskill/Much (2009-2010)
Bermula lah episod sebagai penolong pensyarah di kolej jururawat kat cheras. Seronok! Dapat berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar nurse kat sini.
2 tahun je kat sini. Sebabnya saya putuskan untuk jaga sendiri anak saya. Maka bermulalah episod saya sebagai stay at home mama (SAHM). Sangat seronok! Itu lah salah satu impian saya masa saya belajar dulu. Terima kasih suami ku kerana mengizinkan isterimu menjadi SAHM.
WAHM - Pengedar Shaklee (2012-sekarang)
Shaklee National Conference 2014 |
Selepas setahun bergelar stay at home mama, saya bertekad untuk mencari pekerjaan yang boleh dijalankan di rumah. Niat kerana Allah, nak bantu suami menambah baik ekonomi keluarga, berkongsi pengetahuan dan rezeki yang Allah bagi dengan orang yang memerlukan. Alamdulillah Allah temukan saya dengan shaklee. Start makan dari tahun 2010. Terbuka hati untuk serius berbisnes shaklee pada tahun 2012. Terima kasih Allah kerana saya masih berpeluang berkongsi ilmu dan membantu anak cucu empayar iMumtazRich hingga ke saat ini. Shaklee bukan sekadar bisnes tapi ia lebih dari itu. Bukan hanya untuk dunia tapi juga akhirat. Kalau korang berminat nak tau dengan lebih lanjut, saya bersedia untuk berkongsi. Contact je saya kay :)
P/s: Nak join cabaran blogging jugak? Komen 'saya pun nak join' :)
Ija Ramli
Pengedar Sah Shaklee
ID: 868451
013 5150155
iija84@gmail.com
0 Komentar