7 Resipi Rahsia Transformasi Hati Untuk Kebahagiaan dan Kejayaan Sebenar

Sejak Ogos 2014 yang lepas, saya tercari-cari sesuatu. Sesuatu jawapan berkaitan proses kehidupan. Ada masanya kita gembira dan ada masanya kita bersedih. Kita tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tapi kita kurang kesedaran itu. Kurang rasa. Ada keegoan yang menghalang.

Saya cuba untuk menyatukan kembali hati-hati yang terpisah jauh. Secara tiba-tiba iklan buku tentang transformasi hati melalui newsfeed di facebook saya.

Ya Allah, terima kasih kerana mendengar detikan hati saya. 

Alhamdulillah saya dapat memiliki buku ini untuk menyusuri 7 resepi rahsia meneroka rasa hati. 

Pernah tak tiba-tiba emosi negatif hadir mengganggu anda? Anda tahu sebenarnya emosi negatif ini akan memberi kesan buruk pada kehidupan anda. Apa yang kita rasa adalah doa kan? Walaubagaimanapun bila emosi itu hadir, anda tak mampu nak kawal, lepas tu kecewa. Dah bertekad nak jadi yang terbaik tapi bila emosi negatif tu datang, ia semakin kuat menguasai anda. Pernah tak jadi macam tu kat anda semua? Pernah rasa putus asa nak baiki diri sendiri?

Kalau pernah rasa macam tu, ini lah masa nya untuk kita lakukan transformasi di level hati.

7 resipi transformasi hati
Buku Revolusi hati bersama CD audio


Berdasarkan buku Revolusi Hati, ada 7 resipi rahsia untuk membentuk DNA hati yang baru. 

#1 : The Power of Your Dreams

       (Transformasi hati dengan membina impian)

Dalam buku ni, kita di bimbing bagaimana untuk menerokai impian dan fokus untuk mencapainya. Bagaimana nak terokai impian anda? Jawapannya ada dalam buku ini. 

#2 : The Power of Limitless You

       (Membina Kekuatan Hati Tanpa Batas)

Kenal pasti halangan dan runtuhkan halangan dengan menggunakan teknik-teknik yang terdapat dalam buku ini dengan sangat mudah, santai dan alami.

#3 : The Power of Inner Peace

       (Membina Kekuatan Dengan Kedamaian Hati)

Kita akan dibimbing untuk mengekplorasi kedamaian di hati. 

#4 : The Power of Gratitude 

       (Transformasi dengan Bersyukur)

Terapi syukur yang santai sangat mendamaikan hati. Saya sedar yang selalunya saya terlalu fokus pada sesuatu yang saya tidak miliki. Jadi apabila saya izinkan hati saya untuk merasakan syukur pada sesuatu yang penting yang saya ada sekarang, hati akan rasa lebih tenang dan damai. Apabila kita dah tenang, insyaAllah rezeki mudah masuk.  

#5 : The Power of Symbolic Teacher

       (Membina Kekuatan Hati bersama Guru Simbolik)

Kita sering kali diajar untuk muhasabah pada setiap hal yang pernah menyakiti kita atau hal yang menggembirakan sepanjang hidup kita. Melalui cara ini kita akan sedar hikmah di sebalik sesuatu kejadian. 

#6 : The Power of Being Present

      (Membina Kekuatan Hati dengan penuh Kesedaran di saat ini)

Melalui teknik, kita akan mengetahui cara untuk merasakan apa yang kita rasakan di saat itu yang indah dan mendamaikan. Teknik pernafasan yang betul juga akan diajar supaya kita dapat sedar dan peka dengan apa yang kita rasa. 

#7 : The Infinite Power

      (Menemukan Kekuatan Panggilan hati yang tak terhingga)

InsyaAllah melalui teknik ini, kita akan dibantu untuk mengenal pasti apa yang kita perlu lakukan untuk merealisasikan impian hati kita.

Dalam buku ini juga, anda akan mengetahui kisah sang raja, kisah anak gajah, kisah sang lembu dan pelbagai kisah yang menarik. Yang pasti ada sesuatu disebalik kisah-kisah itu.

Bagi saya pelaburan untuk buku ini sangat berbaloi. Apa yang pasti, setelah mempelajari setiap teknik dalam buku ini, kita hendaklah amalkan setiap resipi yang dipelajari dengan konsisten. Sepertimana otot kita yang mengambil masa untuk terbina, begitu juga otot hati yang positif, ikhlas dan damai, perlu dibina dan dipraktikkan dalam rutin kita pada setiap hari.

Yakinlah dan bergantunglah sepenuhnya pada Allah.

P/S: Jika anda berminat untuk mengetahui tentang buku ini atau sedang mencari di mana anda boleh dapatkannya, mohon komen di ruangan komen ya. InsyaAllah, saya akan reply secepat mungkin untuk berkongsi dengan anda. Boleh juga hubungi 013 5150155 (ija ramli).

Terima kasih. 

Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

alhamdulillah rezeki ana :)..dah sampai stok kat umah ni..leh pass kat ana isnin ni

Balas