Bagaimana Bangkit Selepas Jatuh Dalam Bisnes

Bila kita buat real bisnes, pasti akan ada episod jatuh dalam bisnes.

Memang itu lah lumrah berbisnes.

Ada masa kita kena alami kesukaran tu.

Jadinya kalau anda baru nak mula buat bisnes, anda kena tahu hakikat yang dalam bisnes ni sebenarnya jatuh dan bangun, naik dan turun adalah perkara biasa.

Perkara normal dalam bisnes.

Dalam bisnes ni dia tak ada statik.. maknanya kalau kita tak naik, kita jatuh.. walaupun kita rasa macam tak ada apa-apa pun. Kita rasa kita okay je. Tapi sebenarnya kita dalam fasa kejatuhan.

Sebab tu lah kita kena grow, tapi adakalanya kita akan hadapi isu-isu macam orang tak beli produk kita atau sales bisnes kita drop.

Dan kena ingat yang masa kita drop ni bukanlah maksudnya kita tak pandai buat bisnes tapi itu adalah fasa-fasa untuk kita upgrade diri kita ke peringkat yang lebih tinggi.

Ibarat macam kita belajar di sekolah. Bila kita tingkatan 4, fasa honyemoon kan. Bila tingkatan 5, kita memang akan fokus belajar, fokus pada exam.

Macam tu juga dalam bisnes, kita akan hadapi exam juga. iaitu fasa kesukaran tadi lah. Dan selalumya kita tak suka kan.

Jadi macam mana kita nak naik semula?

Tukar cara kita memandang semua benda ni/

Kalau sebelum ni kita jatuh dan kita rasa habislah bisnes aku lingkup, habislah aku  kena stop bisnes ni.

So kita tukar cara pandang kita, kita lihat fasa jatuh ni adalah fasa untuk aku belajar. Apa yang aku boleh belajar masa fasa ni.

Ini lah cara orang bisnes belajar.
Orang bisnes belajar daripada kegagalan.
Orang bisnes belajar daripada kesusahan.

Sebab tu kalau kita jatuh, kita jangan salahkan diri sendiri, jangan salahkan situasi, jangan salahkan orang lain, jangan salahkan takdir. Tapi kita terima dengan hati terbuka. Ini lah masanya untuk aku naik lebih tinggi. sebab tu aku jatuh.

Sebab tu Tuhan jatuhkan aku, sebab dia nak naikkan aku lebih tinggi.

Macam bola, kalau kita baling kuat2 ke bawah, dia akan melantun naik ke atas dengan lebih tinggi.

Macam tu lah dalam bisnes kita juga.

Kita tukar mindset, pandang benda yang kita tak suka sebagai pengajaran dan pelajaran untuk kita dalam bisnes.

bisnes ni biasanya kalau kita alami fasa kejatuhan tu sebab kita dah mula complacent, dah mula selesa.. dan dah tak buat apa yang kita buat sebelum ni.

kita rasa kita dah berjaya, so nak relax lah sikit.

Masa tu lah kita mula tak buat apa yg sepatutnya kita buat. Kita akan mula nampak bisnes kita mula drop.

So kat situ kita tengok balik apa yang kita tak buat...lepastu kita kena lah buat semula apa yang kita tak buat tu.

itu lah fungsinya jatuh tu, dia nak ajar kita, nak tegur kita.

Kita kena pandang benda tu sesuatu yang positif, so that kita akan bersemangat untuk bangkit semula.

kalau kita tak nampak semua tu, kita asyik nampak yang jatuh ni untuk hukum kita, jatuh ni sebab kita tak bagus, jatuh sebab ekonomi dan faktor2 luar lain.. kita jadi susah nak bangkit. sebab kita tak pegang the power, kita serah power tu kepada orang lain.

kita salahkan pesaing kita.

bila kita letak power tu di tangan orang lain, kita akan rsa hopeless.

kita akan ada rasa ;ok, aku perlukan seseorang untuk aku naik balik.

haa mana nak datang orang tu, sebab semuanya bergantung pada diri kita sendiri.

So kita kena tukar cara pandang kita. ini lah masa untuk aku berubah, masa untuk aku start semula, masuk untuk aku reclaim the power.. dengan cara ni kita akan cepat naik. dan naik lebih tinggi sebab kita dah dapat pengajaran semasa kita jatuh.

Jangan malu untuk mula semula.

Itu adalah fasa pembelajaran.

Bila kita nak kejar impian dan cita-cita kita dalam bisnes, kita jangan tengok orang sangat.

sebab kalau kita tengok orang, kita akan jadi ter bandingkan diri kita dengan orang lain dan kita akan ada rasa macam.."ok, aku dah tak ada harapan, orang tu dah lebih berjaya dari aku"

tak nak lah macam tu kan.

So sepatutnya kita tengok diri kita sendiri. kita tengok semalam aku jatuh tergolek, so hari ni aku akan cuba bangkit. esok aku bangkit lagi.

Jadinya kita akan lalui fasa ni dengan lebih yakin. sebab kita nampak diri kita yang makin berubah dan semakin baik.

Kita akan nampak bisnes kita makin hari makin grow.

Kesimpulannya,

orang bisnes belajar dari kesilapan, belajar dari kejatuhan.
Setiap kali kita jatuh, itu adalah peluang untuk kita perbaiki diri kita, peluang untuk kita buat lebih lagi, peluang untuk kita cari lagi potensi diri kita dekat mana.

Ini lah spirit orang bisnes,

Orang bisnes mesti kena ada semangat bila kita jatuh tu kita nak  naik lebih tinggi lagi sebab kita sedar ia adalah peluang untuk kita jadi lebih baik.

Buka minda, apa yg kita boleh belajar daripada fasa kejatuhan kita.

Dan insyaAllah kalau kita jumpa pelajaran tu, kita akan ingat selalu dan tak akan jatuh di tempat yang sama.

dan kalau jatuh, jangan malu untuk bangkit semula.

semoga bisnes kita sentiasa grow dan jadikan kita insan yang lebih baik dari hari ke hari.


Previous
Next Post »
0 Komentar