Tips Tulis Impian Supaya Jadi Target

lately ni kakja suka sangat tulis tentang impian. suka baca cerita-cerita orang tentang impian. mungkin sebab umur pun dah makin bertambah. 4 tahun je lagi nak masuk 40 an. Allahuakbar, cepatnya masa berlalu.

kakja pun macam korang jugak, ada impian. bila buka buku impian, Allah.. baiknya Allah, dah banyak impian yang dah tertunai tanpa sedar.

ada juga yang belum, sedang diusahakan. Semoga Allah mudahkan. 

setiap impian yang kita ada kita terjemahkan dalam bentuk target. supaya impian tu tak jadi angan-angan kosong. 

Kakja ada terjumpa tips macam mana nak jadikan impian tu satu target. so that kita akan usaha sungguh-sungguh untuk capai target tu.

kakja share kat sini ya. 

.

.

TIPS MENULIS IMPIAN AGAR JADI TARGET DAN CARA NAK MENCAPAINYA


Impian, atau dream, ia boleh jadi target (goal, matlamat) atau angan-angan.


Bagaimana sesuatu impian tu boleh jadi target, bukan angan2?


Semudah MENULIS A, B, C, D


Apa ---> tulis APA impian kita. Nak apa? Bila kita nak benda tu? Imagine benda tu dalam minda dan tulis. "saya nak pergi haji tahun 2022”. bila kita tulis, kita nampak apa yang kita tulis kan? 


Bagaimana --> tulis BAGAIMANA nak capai impian tu. kalau nak pergi haji, apa nak buat? harap2 ada peluang ke? tunggu peluang datang ke? pastinya kena daftar haji dulu kan? biasanya kalau daftar time2 macam ni, tahun giliran adalah tahun 2070.... lagi 50 tahun. jadi apa nak buat? boleh buat rayuan minta diawalkan...


Cubajaya sampai jadi --> masa untuk buat tindakan... lepas kita tahu apa kita perlu buat, maka buat cepat2. jangan tido pulak... kalau kita tido, mestilah Allah bagi byk2 kepada orang lain yang tak tido...


Doa --> DOA ni bukan no 4 sebenarnya dari awal kita kena doa. nak bg motivasi kita boleh buat ABC, kena doa dulu.


Kalau takde ABC ni, maka akan jadi angan2... kalau jadi angan2, jangan kita salahkan "Saya ada buat target tapi tak dapat2 pun,...." sebab kita takdak target pun,cuma berangan je.


Tak ada orang boleh nak laksanakan on behalf of kita melainkan kita sendiri. 


mesti kena lengkap ABCD, insyaAllah pasti akan dapat, kerana Allah takkan sesiakan doa hamba-Nya. 


Dan jangan putus asa, Yakin Allah pasti bagi bila tiba masanya.

Previous
Next Post »
0 Komentar