Kenapa Orang Bisnes Perlu Exercise?

Bila terlibat dalam dunia bisnes ni, saya jadi makin ketagih bersenam setiap hari.

Saya pilih jogging atau slow run atau jalan kaki sebagai aktiviti utama.

business


Saya dulu aktif bersukan kah?

Tak juga. Sejak berkahwin lepas tu ada anak, saya memang tak pernah langsung lah nak beraktiviti sukan ni secara konsisten.

Setakat bawa anak berjalan-jalan kat taman tu boleh lah.

Namun, sejak buat bisnes ni saya mula sedar yang exercise sangat penting.

Mark Zuckerberg, Richard Branson dan Bill Gates pun bagitau salah satu faktor kejayaan diorang adalah dengan melakukan regular exercise.

Mereka sangat pentingkan kesihatan dan stamina.

Ikut pada kajian, exercise tingkatkan kesihatan mental, kuatkan ingatan, tingkatkan tenaga dan buatkan anda gembira😍

Bukan sekadar untuk badan tapi juga untuk mental.

ya itu yang penting.

lagi-lagi untuk kurangkan stress!

Ya, apa-apa kerja yang kita buat pun tak terlepas dari stress.

Tak buat apa-apa pun stress juga. haha

Exercise Baik Untuk Kesihatan Mental


Bila terlibat dengan dunia bisnes, kita tak terlepas dari stress.

Apa-apa kerjaya pun kan sebenarnya.

Risau sales tak ada, risau tak capai target.. semua tu guna tenaga juga.

So kita boleh buat exercise untuk detach sekejap dari benda2 tu.

Kita alihkan fokus kita at least 15 minit pada exercise. hasilnya kita boleh rasa kita betul-betul recaj.

Exercise Tingkatkan Tenaga


Setiap kali kita exercise, badan akan keluarkan hormon gembira seperti serotonin, endorphin, dopamine

Biasanya di sebut happiness hormones.

Selalunya kita rasa best giler lepas exercise betul tak? walaupun penat yang amat sangat tapi dia punya kepuasan tu melebihi rasa penat tu.

kita rasa happy sebab dapat completekan exercise. yeahhh!

dan rasa best tu bukan sekadar selepas exercise je tapi sepanjang hari kita rasa bersemangat dan bertenaga untuk siapkan rutin bisnes kita.

Bila kita aktif bersenam, peredaran darah kita jadi makin lancar dan otot jantung makin kuat.

Makanya badan kita jadi makin bertenaga.

Jadi kalau kita dah konsisten senaman (tak semestinya hari-hari, mungkin 3 kali seminggu dan dibuat setiap minggu), secara tak langsung badan kita secara semulajadi akan keluarkan hormon endorphin. Kesannya kita bertenaga sepanjang hari untuk siapkan lebih banyak tugasan kita.

Antara Aktiviti Senaman yang Saya Suka Buat


Kalau biasa-biasa tak masuk apa-apa contest, saya prefer jogging buat masa ni.

Kalau teringin nak kumpul medal, saya akan pilih virtual run.

Oh ya, mungkin ada yang tanya apa tu virtual run?

Virtual run ni, kita bebas nak lari di mana-mana (nak lari kt treadmill ke, kat taman ke, lari setempat pun bolehhh) asalkan kawan2 ada gadget atau apps yg boleh track berapa jauh kawan-kawan dah lari.

Nak selang seli dengan jalan pun boleh.

Apa yg best virtual run ni?

virtual run ni lari keliling rumah pun boleh. Saya sendiri pun lari dekat2 rumah je nak jimat masa.

virtual run ni kawan-kawan boleh lari bila2. Lari lepas isyak pun boleh. Tapi, ikut tarikh yg ditetapkan. Macam iReach Virtual Run ni kita boleh lari dalam tempoh sebulan (31 hari).

virtual run ni, kalau kita jalan lenggang kangkong pun boleh dapat medal (medal cun sangat uolss macam dalam gambar😍). Janji habiskan kilometer yg kita nak lari tu.

So tak kesah lah apa-apa aktiviti senaman yang kawan-kawan buat. Yang penting jadikan ia satu habit. Rutin harian atau mingguan. terpulang pada masa masing-masing.

Mulakan dengan pilih aktiviti yang kita suka dan mampu buat.

Demi kesihatan badan dan mental kita 😍


Previous
Next Post »
0 Komentar