Pengalaman Hiking Bukit Botak, Puncak Alam



Asyik aktiviti bisnes je. Tak ada aktivit lain ke? hehe. memang ada orang tanya macam ni.



Selain dari bisnes, saya juga suka hiking. Namun tahun 2020 ni langsung tak naik bukit.

Masa January 2020, sibuk dengan ireach virtual run. dan tak ada geng sama nak hiking masa tu. 

My other half masa tu kaki dia dah tak brapa nak kuat naik bukit. tahun lepas ada kecederaan sikit masa accident. 

Masuk bulan Mac 2020, dah pkp kan. berbulan2. then habis pkp, rasa tak dak mood pulak nak hiking ๐Ÿ˜†

tapi dalam fb banyak pulak kawan2 share gambar2 diorang pegi hiking. adeh terliur lah jugak.

rasa nak bermesra dengan alam. haha lama tak back to nature.

so baru2 ni Allah gerakkan sahabat baik sejak zaman sekolah dulu, Azirul ajak pegi hiking Bukit Botak, Puncak Alam. 

Okay. set! 

Memula tu nak pegi weekdays. Tapi bila tengok pukul 7 pagi ada sebiji je kereta, kami tak brani lah nak redah. dah kami pun berdua je pun. 

So decide nak pegi weekend. 

Dah beriya ni nak pergi hari Sabtu. ehhhh bila tengok balik jadual, saya ada event iReach MoveUp dan Ruhi ITQAAN. 

so ubah ke ahad.

Pagi Ahad tu hujan.   

So tukar next Ahad pulak.

And the day come. 

Sampai lah hari yang ditunggu2.

Alhamdulillah cuaca elok. tak hujan. hari sebelum tu pun panas elok.

So kami pun gerak. 

Sampai je tengok dah banyak kereta parking berderet2 tepi jalan.

Kami pun teruskan lah misi.

Sepanjang perjalanan tu masyaAllah, seronok tengok pokok2 dan kehijauan dalam tu. bau dia pun best.

Sambil menyaksikan kebesaran Allah. Sambil memuji-muji ciptaanNya.

Sebenarnya saya target nak ke pokok besar dan view ala2 New Zealand yang diorang selalu cakap tu. 

Tapi terlepas simpang masa awal2 tu.

So sampai lah kami ke bukit botak yang botak tu. haha





boleh lah ambik gambar sambil lepaskan penat. 

selepas tu on the way balik kami singgah kat pokok yang akarnya terkeluar besar tu. 

sempat lah snap gambar kat situ. 



dekat sini saya tanya sorang pakcik ni, kat mana jalan nak ke pokok besar tu? 

dia kata haa turun ikut situ. boleh ambik gambar dengan pokok besar. 

kami pun excited lah terus je turun ikut laluan tu. sebab aku imagine yg bawah tu pokok cantik yang aku nak tengok tu lah. 

actually curam jugak. hampir nak putus asa dah tadi. nak turun ke tak.. kaki ku pun teragak2 nak letak kat mana. 



haha adoi adventurous sungguh!

nasib baiklah ada cheer leader. 

sampai separuh perjalanan, aku jenguk2 ni bukan pokok yang aku nak. tapi Gua! 

haahaa rasa tertipu lak. 

terus rasa nak naik balik lah.

tapi bila fikir balik dah separuh jalan, teruskan je lah. 

akhirnya sampai jugak kami kat bawah tu. rupanya situ ada gua kecil, ada lubang kecil je. muat kepala. kalau yang kurus muatlah kot masukkan badan sahaja. tapi ntah apa lah dalam tu.



bila pergi ke sebelah sana sikit, baru lah ada view yang cantik. masyaAllah. pokok2 tu tumbuh atas gua batu kapur yang kecil tu. 



tak sia2 struggle turun. 

betullah kan, every struggle yang kita tempuhi akan ada somting yang best yang Allah kurniakan selepas tu.

(terlupa nak rekod footage pokok cantik kat gua tu) 

kena pegi lgi ke? haha macam tak sanggup dah nak turun.

naik je atas tu, kami teruskan perjalanan pulang.

masa nak balik ni rasa macam nak rabak jugak mental haha.

dah la kaki sakit, kena naik and turun bukit. 

sungguh memang kena kuat lah mental.

(ni akibatnya setahun sekali hiking. haha) 

oh ya kami berhenti lah jugak rehat sambil minum air performance drink. yummy sedap weh. dia rehydrate semula badan kita. ganti semula elctrolyte yg hilang masa hiking ni.


then masa on the way balik baru lah nampak simpang nak ke pokok besar yg kami cari tu. 

nama trail tu New Zealand Trail.

Nampaknya next time lah pegi InsyaAllah. dah lewat sangat masa tu. 

Sampai kat bahagian batu2 tu terjumpa bikers. diorang angkat basikal sambil turun bahagian batu2 tu. 

Allahuakbar, nampak kekuatan Allah disitu. Allah Yg Maha Kuat.

jalan punya jalan, akhirnya kami pun sampai lah kat bawah tu. berhenti jap beli air kelapa. sebji rm5.

fuhhhh lega. 

sampai rumah sambung minum air performance drink dan telan ostematrik (kalsium) dan omega guard untuk kurangkan sengal2 badan. 

okay stakat tu je dulu coretan untuk harini๐Ÿ’œ

jumpa lagi dalam next entry☺️



Previous
Next Post »
0 Komentar