Peluang SuriRumah Buat income Dari Rumah

khas utk mak-mak yang dah anak tapi dalam masa yg sama nak cari duit lebih/extra income.


First bila kita dah decide nak duit extra maknanya kita perlu buat kerja extra. 

Buat part time secara serius. 

Contoh. Suri rumah kerja hakikinya ialah urus rumah, anak2, suami. Ini tak bermakna surirumah tak boleh dpt duit extra. 

Ya mungkin ada suri rumah yg bg dia elaun dari suami pun dah cukup. Tapi kalau dapat lebih boleh buat macam2kan. Travel tengok keindahan alam ciptaan Tuhan dan belajar budaya orang luar. Tunaikan impian anak2. Impian diri sendiri. Bg mak ayah lebih dari biasa. Sponsor sedara pegi umrah. 

Haa banyak yg kita boleh buat jika ada xtra income which is kita juga dpt manfaat dan pahala jika disalurkan ke cara yang betul.

Atau mungkin ada suri rumah yang sangat sangat perlukan extra income. Bukan sebab hasben tak bagi elaun. Tapi zaman skrg ni kos hidup dah makin tinggi. Komitmen pun makin banyak. Impian pun makin memanggil. Kita taktau berapa lama lagi kita boleh hidup. Nak tangguh sampai bila impian kita? Kalau tak kesian kat diri sendiri, Kesian lah kat anak-anak. 

Sekarang ni peluang nak dapat duit lebih dah makin banyak. Cuma tinggal usaha je. Kenalah rajin. 

Okay bila dah decide nak buat apa2 bisnes online pun, macam mana sibuk pun hari kita, kita kena juga adakan masa untuk fokus buat kerja-kerja bisnes macam marketing.

Untuk orang yang baru nak bina bisnes, mungkin perlu 3 atau 4 jam utk urusan bisnes sehari. Contoh. Dalam masa 3 jam tu, buat entry blog. Karang sharing yang nak di post ke fb dan ig esoknya. Buat skrip dan rekod video utk masukkan ke utube channel. Kemaskan database customer baru hari tersebut. Buat senarai nama sape customer dan prospek yg kita nak followup esoknya. Dan bla bla blaa....

apa2 urusan bisnes yg korang nak setelkan. Terpulang pada bisnes masing2.

Mungkin tak sama setiap hari. Korang decide dan plan nak buat apa. 

Soalannya bila kah masa itu?

Mungkin malam. Selepas setel bagi anak2 dan suami makan. Anak2 pun dah setel homework. Dah tidokan diorang. 9.30 malam contohnya start. 

Lepas anak2 dah tdo, boleh la fokus betul2 pada urusan bisnes tu. Buat apa yg spatutnya bukan tetiba pi scroll newsfeed fb pulak. 

Atau mungkin ada yg suka tdo awal. Nak jaga kesihatan badan dan otak kan. No problem. Resipinya,  tdo awal, bangun awal. 

Bangun seawal 3 pg. Haa siap boleh tahajud lagi dulu sebelum start urusan bisnes. 

Subuh, siapkan diri dan anak2. 

Nampak macam penat kan? 

Yesss betul saya tak nafikan. Sebab saya sendiri pun macam tu. 

Namun, kita pilih untuk berjaya. Kita pilih untuk ada extra income. Kalau bukan untuk diri sendiri fikir untuk bantu orang lain. Dont be selfish.

Kita semua boleh berjaya. Percayalah.
Previous
Next Post »
0 Komentar