Macam mana nak start bisnes tapi takda pengalaman dalam bisnes?
mungkin ada di antara kita yg nk buat bisnes tapi ada dilema
takde pengalaman, background bisnes pun tak ada, family pun tak buat bisnes
sebelum tu nak cerita pengalaman saya 8 tahun lepas masa saya start bisnes
masa tu saya start bisnes dengan satu pengetahuan je iaitu apa yg satu
rugi tu confirm. so macam mana kita nak kurangkan kadar kerugian & tingkatkan keuntungan.
dan sebenarnya setakat ni saya tak pernah lagi jumpa dengan orang yang start bisnes dan dia kata dia ada semua skill.
kebanyakan orang bermula daripada kosong.
walaupun orang tu belajar dalam bidang bisnes, so senang lah dia.
tapi sebenarnya tak pun.
sebab bila nak buat bisnes, dia tak sama.
diorang pun start from zero jugak.
sama macam kita.
Nak kata kat sini bila kita nak start bisnes, kita tak perlukan apa2 pengetahuan dan pengalaman pun.
sebab bila kita start bisnes, di situlah kita memulakan pengalaman kita dalam bidang bisnes.
Bidang bisnes ni dia berbeza dengan cara kita belajar kat sekolah. Macam kat sekolah kita kena belajar semua dulu baru kita pergi exam.
Contoh kita masuk darjah satu lepastu kita belajar sampai lah akhir tahun baru ada exam. darjah 6 baru UPSR.
Kita belajar dulu lepastu baru menjalani exam daripada apa yg kita belajar.
Tapi berbeza dengan bisnes, kita buat dulu dan dari situlah kita belajar.
Pengalaman-pengalaman yang kita lalui dalam bisnes itu lah sebenarnya guru yang terbaik apabila kita nak buat bisnes.
Jadi kita tak boleh nak expect tau semua benda, terer semua benda baru boleh buat bisnes.
Sebenarnya macam mana kita belajar dalam bidang bisnes adalah berbeza daripada apa yang kita lalui sebelum2 ni dari sekolah.
Satu lagi beza, kalau di sekolah dulu kita tak boleh buat silap.
Tapi dalam bisnes, setiap kali kita buat kesalahan, itu adalah pengajaran paling besar untuk kita.
Dari kesilapan-kesilapan yang kita buat tu lah kita makin pandai, makin tau selok belok dalam bisnes.
Jatuh bangun mereka. Itu yg membentuk diri kita.
kita belajar sambil2 kita buat.
Walaubagaimanapun, ada cara yang kita boleh belajar dengan lebih cepat.
Mungkin ada yang kata kalau kita nak buat sambil belajar ni lambat lah nak dapat pulangan dan grow laju dalam bisnes.
Jadi untuk kita belajar lebih cepat dalam bisnes walaupun kita tak ada background bisnes ialah:
- 1. Kena Ada Mentor
- Mentor adalah orang yang pernah buat bisnes yang kita nak buat. dan dia boleh ajar kita selok belok dan dia ada pengalaman dalam bidang bisnes yang kita nak buat. tak kisah lah dia tu siapa. walaupun tak terkenal, tapi bila dia dah buat benda yang kita sedang nak buat, so dia boleh jadi mentor kita.
- contoh nak jual makanan, kat luar sana banyak sifu2 yang ajar tentang bisnes tapi tak semua yg buat bisnes makanan.
- so kalau nak jual makanan, u kena lah dapatkan mentor yg dah lalui pengalaman dalam bisnes makanan.
- sekarang ni ada banyak peluang bisnes dan cabang bisnes. Dan kalau kita nak bermula cari lah bisnes yang kurang risiko dan modah rendah. sebab kita zero pengalaman
- modal rendah maksudnya tak perlu lah buat loan dengan bank
paling penting diri kita sendiri kena ada impian yang menghidupkan hari kita. apa yg kita nak capai, apa kita nak buat.
so that apa yg berlaku, kita akan sentiasa ingat apa impian aku, apa target aku.. so dia akan buat kita berterusan buat sampai capai target kita.
kita akan nampak hikmah di sebalik apa yg terjadi.
So ingat lah bila kita buat silap itulah pembelajaran kita. Bukan bermaksud kita tak layak buat bisnes, kita tak ditakdirkan buat bisnes.
0 Komentar