Ruhi Berselawat Di Damai Al-Kahfi

Minggu lepas Ija berpeluang join program berselawat alumni Ruhi. 



Disebabkan tak dapat lagi merentas negeri, jadi program ni hanya untuk mereka yg berada area KL dan Selangor sahaja.

Excited sebenarnya. al maklumlah kami hanya berjumpa dan mula kenal di zoom sahaja sebelum ni.

bermula dengan program pertama Ruhi yg Ija join iaitu Ruhi Solat. Hari pertama join, dah rasa MashaAllah jatuh cinta dengan Ruhi.

Clueless jugak masa nak register tu.. tapi entahlah rasa nak sangat join. 

and alhamdulillah memang itu yg jiwa perlukan. 

then Ija teruskan dengan Ruhi Lanjutan & alhamdulillah Allah beri ruang dan peluang untuk join Ruhi Itqaan. 

Dan alhamdulillah dapat join Ruhi Berselawat pulak.

antara aktivti dalam Ruhi Berselawat ni, kami berselawat bersama2 2 jam follow kepada kitab Lum’ah macam yg dalam gambar ni.

Syukur sangat dapat pengalaman ni. selama ni dengar je kat youtube. 

tu pun sekali sekala huhu

then kami ada sesi Qasidah jugak. 

kedua-duanya di pimpin oleh Ustazah 

dan selebihnya aktiviti BBQ tepi sungai dan mandi sungai! 

seronok sangat anak2😍

lama tak rasa kesejukan air sungai. MashaAllah suasana tepi sungai, dengan bunyi air yang mengalir.. Allahuakbar. 

Bestnya tempat ni sebab ada beberapa bilik betul2 tepi sungai. Bangun pagi bukak tingkap, nampak sungai wehhh😍

Bila malam, mashaAllah sejuk sangat dalam bilik. kami tidur tak bukak kipas. sejukkkkk

sebab setiap bilik ni dia dibuat dari buluh. 

kalau tengah hari panas lah sikit. 

tapi bila malam, MasyaAllah sejuk! 

fuhh jom lah layan gambar2 ni.. ada gak video satu.. video dlm bilik






Previous
Next Post »
0 Komentar