Pengalaman Pertama KakJa dengan Shaklee

Pengalaman kakja dengan shaklee bermula masa anak pertama. 



Masa tu kakja masih bekerja di sebuah kolej swasta di hulu langat, selangor.

Walaupun bekerja, kakja tetap bekalkan susu ibu pada anak. 

Sejak lahirkan dia, kakja memang bertekad untuk menyusukan dia dengan susu ibu walaupun selepas pantang kakja perlu bekerja semula.

Namun, akibat penat bekerja, kakja hampir tewas juga. Masa tu umur baby 10 bulan. Kakja tak mampu nak sediakan stok susu yang banyak untuk dia. 

Sedih sangat sebab ada hari yang kakja sempat pam sekali je di tempat kerja. 

Jadual pam kakja yang 3 jam sekali tu memang dah kelaut. Malam-malam pun terlena kepenatan macam tu je.

Akibatnya penghasilan susu mula drop. Daripada boleh dapat 5 oz sekali pam, terus jatuh jadi 2-3 oz macam tu je. 

Maka bermula lah episod mencari apa vitamin atau suplemen sebagai energy booster dan seterusnya dapat banyakkan susu. 

Kakja google dan terjumpa beberapa blog. Blog-blog yang kakja jumpa ni semuanya menceritakan pasal set penyusuan susu ibu shaklee.

Rambang mata juga nak pilih blog yang mana. Akhirnya Allah gerakkan hati kakja untuk hubungi pemilik blog seorang ibu yang juga berpengalaman dalam penyusuan susu ibu.

Jadi kakja pun order set penyusuan shaklee.

Selepas sebulan kakja makan, kakja rasa badan tak letih sangat macam sebelum ni. Emosi pun lebih stabil. Takdelah asyik moody je kan. Hehe

Yang paling buat kakja syukur sangat, penghasilan susu dah makin bertambah. Setiap kali pam dah boleh dapat semula 5 oz. 

Dan masa di ofis tu boleh pam 3 kali. Jadi cukuplah 15 oz untuk bekalan anak kakja keesokan harinya. Dia pun masa tu dah mula makan bubur. Jadi tak bergantung sepenuhnya pada susu ibu semata-mata.

Alhamdulillah syukur sangat masa ni. walaupun dah dapat apa yang kakja nak, kakja tetap teruskan makan vitamin.

Sebab vitamin tu untuk kesihatan seluruh badan kita. bukan semata-mata untuk menyusu je.

Kakja perasan, kulit kakja pun makin kurang dah kusam dan tak kering.

Lepas dah rasa kesan kat diri sendiri, kakja terfikir why not aku share dengan lebih ramai orang, mana tau orang lain pun ada masalah yang sama macam aku.

andai ada manfaat atas apa yang aku kongsikan tu, moga mereka juga dapat merasa manfaat tu. 

kakja pun mula share di media social dan kadang2 kakja share dengan kawan-kawan ofis masa tu.

sebenarnya masa mula nak share kat facebook, ada juga rasa takut “kang nanti orang kata aku nak menjual je lebih”

sebab sebelum ni tak pernah pun share pasal produk kat facebook.

kali pertama kakja tulis status, kakja padam selepas beberapa minit.

Selepas tu kakja tulis semula. kali ni kakja bertekad takmau padam. terus je post. lepastu pergi buat kerja lain.

taksangka kakja sehari selepas tu, ada kawan kakja mesej nak produk tu. dia pun nak cuba.

Allah best sungguh masa tu. boleh jana income rupanya. asbab dari perkongsian cerita kita je. 

betullah orang cakap story sell. 

sesapa pun boleh jana income dengan shaklee sebenarnya.

awak yang tengah baca ni pun boleh. 

hubungi kakja kalau nak tau apa perlu buat untuk mulakan langkah pertama bina bisnes. 



KakJa,

Pengasas Jayzra Family

Previous
Next Post »
0 Komentar