9 Sebab Anda Perlu Tahu Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best

Masih bertahan dalam business shaklee? Ya alhamdulillah Ija dah 12 tahun jadi ahli shaklee. Bukan sekadar pengguna sahaja tapi juga sebagai shaklee business leader. 

Kenapa boleh bertahan dalam komuniti bisnes shaklee ni? Jom Ija kongsikan 9 sebab kenapa community bisnes shaklee best sangat!



9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best

1. Perjuangan Berjaya Di Dunia DAN Di Akhirat

Kami sentiasa diingatkan kita berjuang untuk berjaya di dunia dan di akhirat. mesti kedua-duanya. Bila kita buat bisnes dan kita fikir akhirat, kita takkan mudah koyak dengan dugaan-dugaan yang kita terima sepanjang perjalanan kita sebab kita tahu itulah cara Tuhan nak didik kita untuk jadi kuat dan hebat dalam bisnes.

Sedih memang sedih tapi kita cepat-cepat bangkit dari perasaan itu. tak terbuai dengan ujian-ujian duniawi. 

Kita terima segala kepedihan dalam berusaha kerana kita percaya setiap kesenangan itu dibalut dengan kerumitan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kesenangan. 

2. Pentingkan Ilmu

Mewah dengan ilmu kesihatan, ilmu nutrisi, ilmu agama, ilmu marketing, ilmu blogging, ilmu pengurusan kewangan, ilmu pengurusan masa, ilmu personal branding dan macam-macam ilmu yg bermanfaat. Masing-masing tak kedekut berkongsi ilmu sesama ahli komuniti. 

3. Pelbagai Kepakaran

Yang bestnya dalam komuniti bisnes shaklee ada macam-macam kepakaran. Ada doktor, ada nurse, ada engineer, ada surirumah, ada photographer dan videographer, ada designer, ada tokey-tokey bisnes yang memang dah ada brand. Untung sebab masing-masing tak lokek berkongsi kepakaran.

4. Saling sokong antara satu sama lain

Walaupun tak sama team, kami sentiasa support each other. Saling mendoakan satu sama lain, saling berkongsi ilmu dan saling mengingatkan antara satu sama lain. 

5. Belajar dari pakar yang bertauliah

Contohnya kelas-kelas nutrisi dari pakar nutrisi (Nutritionist) yang berpengalaman. Ada juga kelas dengan doktor perubatan.

Dan kita belajar buat aktiviti bisnes dengan upline-upline kita yang dah ada proven success. Mereka kongsi apa yang mereka buat. 

6. Membantu bukan untuk kepentingan individu semata-semata

Ya, dalam komuniti bisnes shaklee kami selalu diingatkan untuk tak kedekut memberi especially sharing ilmu dan tips dengan team walaupun bukan team kita sendiri. 

Sebab the more you give, the more you will get. 

7. Mewah dengan Bahan Marketing

Ya betul tu mudah sangat nak dapatkan bahan-bahan untuk kita berkongsi di media social. Banyak sangat tau. Poster ada, video pun ada. Gambar produk cantik-cantik semuanya.

Kalau kita tanya kat group, “siapa ada poster manfaat vivix shaklee?” ..berderet-deret kawan-kawan dalam group share poster-poster yang kita mintak tu. 

8. Sokongan Sepenuhnya dari Syarikat Shaklee

Antara sebab utama lah juga kenapa Ija pilih Shaklee sebagai business partner Ija. Untuk mudahkan pengedar, pihak shaklee sediakan pelbagai kemudahan. 

Contohnya web mesra pengguna, web yang interaktif info, info produk dan kesihatan dan banyak lagi. 

9. Ukhuwah Tak Kira Siapa Kita

Tak kira lah awak surirumah ke awak geng profesional ke awak student universiti ke awak geng pencen ke, kami berkawan dan tak ada rasa “ehh dia ni tak sekufu lah dengan aku” . 

Macam Ija dulu bekerja lepastu berhenti kerja dan jadi surirumah. Memang mencabar kalau tak ada circle yang betul. 

Alhamdulillah Allah temukan dengan sahabat-sahabat community dalam bisnes shaklee. Mereka ini ada growth mindset. Tak pasal-pasal kita pun terjangkit sekali ada growth mindset. Best kan?

Kesimpulannya, komuniti bisnes shaklee Ija best sangat. Nak berjaya kita perlu berada dalam komuniti bisnes yang betul sebab bukan mudah kan perjuangan dalam dunia bisnes. 

Jom jadi sebahagian team Ija. 


Previous
Next Post »
0 Komentar