Bisnes Online Terbaik Di Malaysia 2023

Pengalaman Ija buat bisnes online bermula sejak 12 tahun yang lepas. Bermula dari kosong pengalaman, Ija  beranikan diri jadi dropshipper buku-buku islamik untuk kanak-kanak, cadar dan t-shirt muslimah pada 2011.

Komisen yang dapat tak banyak pun tapi alhamdulillah ia jadi titik permulaan untuk ija berkecimpung dalam dunia bisnes online.

Bermula 2012, ija mula aktif dalam bisnes online Shaklee. Masa tu ada dua orang anak. Yang sulong 3 tahun, yang kedua baru 8 bulan. 

Alhamdulillah, ija masih buat bisnes online shaklee sampai sekarang. Tak boleh stop bila kita dah mula merasa cash back bonus shaklee bayar setiap bulan. Tahun ni cecah 11 tahun. 

Kalau korang nak tau, Ija ni introvert. Tapi sebab nak buat duit lebih dan nak buat dari rumah saja, maka nya bisnes online lah jadi pilihan. takpa kita paksa lah diri untuk keluar dari zon selesa. 

Ala lagi pun secara online je kan? 

Macam zaman mak ija dulu diorang mula berniaga secara offline. Mak buat part time je waktu tu. Mak nak bantu kewangan keluarga. Jadi mak pun mula jual aiskrim Malaysia. Masa tu tahun 1991. Ingat lagi masa tu ija darjah satu. selalu jugak lah tolong mak buat aiskrim. Bayangkan masa tu sebatang harga seposen je. 

Tapi berkat mak berniaga aiskrim, mak boleh beli meja makan guna duit sendiri. Meja tu pun masih ada sampai sekarang tau. Dah 32 tahun! 

Zaman mak abah kita yang kos sara hidup tak lah tinggi sangat pun mereka dah mula buat bisnes part time, apa lagi di zaman kita ni. 

Dulu zaman tak ada internet, nak buat bisnes pun terhad. Pasaran tak luas. 

Tapi zaman sekarang dengan segala kemudahan internet dan smartphone kita dah boleh buat bisnes secara online. 

Part time boleh, full time pun boleh. 

Bisnes online ni sebenarnya adalah cara paling mudah untuk buat duit dalam tahun 2023.

Yang seronoknya bisnes online ni ia adalah flexible. Yang tak ada pengalaman pun boleh mula buat. Sebab anda akan dapat kemahiran tu bila anda mula buat berulang-ulang kali secara konsisten.

Menarik kan? 

Tapi sebelum tu jom baca ciri-ciri bisnes online yang ija tengah buat sekarang ni. 

  • tak payah nak pening-pening hasilkan produk sebab syarikat yang buatkan. 
  • tak payah pening-pening nak buat r&d sebab syarikat yang buatkan.
  • ada yang tanpa modal (ada caranya) dan yang modal rendah
  • tak perlu simpan stok banyak sampai kena simpan bawah katil
  • ada pilihan nak pos sendiri atau syarikat yang tolong poskan
  • tak bergantung kepada personaliti. introvert boleh, extrovert boleh, ambivert pun boleh buat. (kita ada strategi untuk setiap personaliti)
  • evergreen 
  • mempunyai sistem dan sokongan yang mantap

Sebenarnya sesiapa pun boleh buat bisnes online ni termasuklah student, yang masih bekerjaya, surirumah, pesara dan warga emas yang suka berkongsi dan bagi manfaat pada orang. 

Kalau anda berminat dengan bisnes online yang ada ciri-ciri yang ija kongsikan tu, boleh tekan di SINI.


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023




Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Menarik! Sebab tu suka bisnes Shaklee ni

Balas