Tahun ni kami beraya di Perlis. Macam biasa setiap tahun mesti akan beraya dengan shaklee. Maksudnya vitamin-vitamin shaklee tak tinggal. Diorang pun ikut balik kampung.
Banyak sebenarnya nak cerita tentang raya ni. Tapi untuk entry kalini ija nak share pengalaman kami photoshoot di Bukit Chabang Mari.
first time kami sampai sini. nak mai sini banyak jugak lah drama😂. rancang dari hari raya ketiga nak mai, tak jadi.. lepastu raya keempat ada pulak plan lain. raya kelima pun samaa.. then raya keenam lepas asar dah siap2 pakai baju tetiba guruh berdentum.. hujannnnn
cancel, bukak balik baju.
raya ketujuh baru lah berjaya sampai. kalini datang awal sket. gerak dari umah 3.43 petang. itu pun ada drama.
biasalah ada 4 gegirls. ada sorang tu drama queen. dia paling siap awal, bila naik kereta dia nangis dari mula2 gerak sampailah ke tempat parking bukit chabang mari ni.
bila tanya kenapa nangis? rupanya dia salah faham. dia ingat nak photoshoot kat luar rumah saja. huhu
sampai kat sana mood dia pun tak brapa ok lagi. jenuh jugak dok pujuk.
sibbaik lah cuaca pun ok masa tu. tak panas sangat & tak hujan.
apapun yg suka nature & suka ootd tempat ni mmg cun. background dia bukit chabang. ada banyak kambing. macam2 rupa n kaler. kawasan dia luas. sis dok terbayang2 dah nak pusing2 macam cerita hindustan tu 🤣 terbayang2 je lah tapi🤭
lokasi: https://g.co/kgs/886pht
isnin - khamis: 1ptg - 6.30ptg
jumaat - ahad: 11 pg - 6.30ptg
oh ya, kami ada buat video ni juga. dah alang-alang tengah trend kan. apatah nama.. wesanderson? taktau lah jadi ke tak.. jemput lah tengok kat SINI
Jemput juga baca cerita kawan saya tentang raya dengan shaklee.
2 Komentar
wah meriahnya raya di Perlis. Selamat hari raya.
BalasSelamat Hari Raya Kak Ija Sekeluarga. Hana dah tengok vtt wes anderson tu. Cantik! 💙
Balas