Tips Kerja Dari Rumah

Kerja dari rumah? Mama tak pernah mimpi pun sebelum ni. Maklumlah setahun setengah di matrik dan 4 tahun di Universiti bukanlah satu tempoh yang sekejap.



Lepas grad mama memang plan nak terus bekerja. Nak bagi duit kat mak dan abah setiap bulan. Walaupun diorang tak mintak pun.

Tapi nak jugak balas jasa mereka. Walaupun tak terbalas pun sebenarnya.

Dan alhamdulillah mama mudah dapat kerja. 

Tak sempat menganggur. Habis je belajar terus dapat kerja. Pergi konvo pun masa tengah kerja. 

Mama dapat dua tawaran antara IJN dan Prince Court Medical Center. Akhirnya mama pilih IJN.

Seronok bekerja di situ cumanya mama tak tahan kena kerja shift. Masa tak kawen okay lagi. 

Tiba-tiba dapat pula tawaran bekerja di kolej. Ajar budak diploma in Nursing.

Kerja office hour. Sabtu dan ahad cuti.

Haishh mama apa lagi, itu yg mama nak so mama pun berhenti IJN dan terima offer kolej tu.

Alhamdulillah seronok betul tak perlu kerja shift. Lagi lah masa tu dah kahwin. Lepastu mengandung bunting pelamin. 

Lepas dapat anak of course lah ada cabaran kan. Mama kerja & kena tinggalkan anak kat pengasuh. Masa ni lah macam-macam masalah. Mama tak tahan. Bila bab anak je memang mama hati tisu. mama jadi tak keruan. 

Hati mama tak kental masa tu. Bila pengasuh bagitau anak sakit, mama yang menangis kat office. Mama tak sanggup dah. 

Akhirnya mama pilih untuk berhenti kerja.

Ikut hati memang nak jadi surirumah sepenuh masa ja. Tapi tak sanggup sebab bosan pulak haha. 

Sebab dah biasa pegang duit sendiri kan. Lepastu nak sangat balas jasa mak dan abah. Memang lah suami bagi nafkah, tanggung isteri dia ni. tapi still kita lagi happy bila ada duit hasil usaha kita kan? 

Lagi pulak mama tak sampai hati tengok abah sorang-sorang pulun cari duit untuk family. Dia sanggup keluar dari zon selesa dia. Sanggup buat part time untuk tambah income keluarga kita. 

Mama sempat merasa jadi surirumah sepenuh masa setahun. 

Lepastu Allah hadirkan peluang buat duit dengan shaklee. 

Bukan kerja kat shaklee tapi jadi pengedar shaklee. Jadi agen shaklee.

Produk semua dah ada. 

Tugas mama jual produk shaklee, buat sharing online dan bina team mama sendiri.

Maksudnya kerja dari rumah lah. Yeayyyy!

Mama suka sangat. 

Kerja dari rumah ni best sebab flexible. Kita sendiri boleh tentukan nak cuti hari apa, nak start pukul berapa.

kita sendiri lah kena disiplin. 

kita kena tau apa aktiviti bisnes kena buat. 

buat to do list setiap hari.

kena ada target setiap hari nak capai apa.

target ni macam niat lah kalau dalam islam. 

then senaraikan apa yang kena buat, dan mesti BUAT.

memang bukan senang kerja dari rumah ni. Bagi mama lebih mencabar dari kerja kat office. 

Tapi itu lah setiap kerja tu ada cabaran dia kan.

Based on pengalaman mama yang tak banyak ni mama nak share sikit lah tips kerja dari rumah. 

Tips dia mesti buat 5 habit ni.

1. Membaca

2. Senaman

3. Meditasi

4. Give Value

5. Makan Vitamin/Suplemen

makan suplemen - utk jaga mental health kita dan untuk energy kita. 

Selain dari tu kita kena jugak join event2 utk healing dan bersilaturrahim dengan kawan-kawan seperjuangan.  

Macam mama kan, mama sedaya upaya cuba jugak untuk join event yang team mama buat. 

Bukan apa bila kita jumpa kawan-kawan yang sama2 kerja dari rumah macam kita ni kan kita tak rasa keseorangan. 

Kita boleh tap energy satu sama lain. Boleh luah masalah masing2. Sama-sama naikkan semangat antara satu sama lain. 

Apapun kerja dari rumah macam jadi agen shaklee ni memang sangat-sangat mudahkan mak mak yang ada anak kecil macam mama ni.

Mama happy sangat. Walaupun kerja dari rumah, mama dapat macam-macam award jugak tau.

Dan paling mama sangat2 bersyukur sebab mama dapat tunaikan umrah. Income yang mama dapat hasil kerja dari rumah ni sangat-sangat membantu untuk mama pergi umrah Dec 2022 yang lepas.

alhamdulillah haza min fadzli rabbi.

Kalau berminat nak try buat kerja dari rumah sebagai agen shaklee, boleh hubungi Ija. Tekan link INI



Previous
Next Post »
0 Komentar