Jun 2022
selepas berbincang dengan suami dan dengan izin dan redha suami, saya daftar umrah dengan deposit rm1000.
suami yang pilihkan pakej.
pakej umrah bersama ikon dec 2022, jarak hotel ke masjid 50m di Madinah dan Mekah, fullboard 3x makan, transport dari madinah ke mekah menggunakan GMC.
total pakej rm9450
tarikh akhir saya perlu completekan bayaran ialah pada 31 oktober 2022
makna kata saya ada 5 bulan untuk cukupkan duit rm8450
jika di bahagi kepada 5 bulan, maksudnya sebulan perlu ada rm1690
itu baru bayaran untuk pakej, tak termasuk lagi utk beli barang-barang, baju dan keperluan umrah
dan belanja di sana
takpa, kita fokus satu-satu, insyaAllah Allah bantu
alhamdulillah peluang biz shaklee yg sy sedang usahakan sangat-sangat membantu saya untuk cukupkan duit utk bayar pakej umrah ni.
untuk beli barang keperluan umrah
utk belanja di sana
utk infaq di sana
bergenang air mata bila dapat completekan bayaran pakej umrah pada tarikh yang ditetapkan.
macam tak percaya pun ada.
mashaAllah bila kita ada target dan matlamat apa kita nak capai, kita jadi lebih fokus. walau apa cara kita akan usahakan. kita lebih bersungguh dalam berdoa, bukan selepas solat sahaja tapi dalam hati setiap saat kita bermonolog dalam hati, menyebut nama Allah, mengingati Allah, selawat dan merayu2 meminta sebagai hambaNya. kita sedar tiada daya dan upaya melainkan dgn izinNYA
kita lebih kuat berusaha, kita jadi berani mulakan langkah pertama, kita paksa diri kita untuk istiqomah dalam berusaha. we do our best, lets Allah do the rest.
alhamdulillah, pengalaman umrah pertama di umur 38 tahun yang sangat2 menginsafkan.
masa awal-awal balik haritu memang niat nak berkongsi pengalaman. Tapi dia rasa macam stuck sket. tulis padam tulis padam then disibukkan dengan benda lain.
its ok, Allah yang izinkan untuk berkongsi.
sekarang alhamdulillah lepas 6 bulan baru dapat tulis entry pertama untuk travelog umrah ni. Mudahan perkongsian pengalaman umrah ni bermanfaat untuk sahabat-sahabat yang mungkin sedang buat persediaan untuk ke tanah suci.
saya sendiri pun membuak perasaan nak pergi umrah selepas baca sharing pengalaman umrah kawan-kawan. so this time turn saya pula untuk berkongsi semula. Biiznillah.
jumpa lagi dalam entry seterusnya :)
0 Komentar