Vitamin E antara nutrisi yang baik untuk kesuburan. Elok untuk kesuburan suami dan juga isteri.
Tapi betul ke boleh cepat hamil kalau amalkan makan vitamin e ni?
Jom teruskan membaca sampai habis.
Bila ttc, selalunya digalakkan makan vitamin E sebab Vitamin E sangat bagus untuk kesihatan reproduksi hingga dikatakan antara cara untuk cepat hamil.
Tapi bagaimanakah ia berfungsi?
Fungsi Vitamin E Untuk isteri:
#1. Menebalkan dinding rahim
Salah satu fungsi vitamin E untuk kesuburan adalah membantu menebalkan dinding rahim yang nipis.
Dinding rahim perlu tebal untuk bersedia dalam proses kehamilan.
Sebabnya embrio perlu menempel dengan kuat pada dinding rahim supaya dapat membesar menjadi janin.
satu lagi, dinding rahim yang terlalu nipis biasanya akan meningkatkan potensi gagalnya proses IVF atau bayi tabung uji.
Dan paling tak best, dinding rahim yang nipis akan menyebabkan keguguran.
Mengikut kajian The Journal of Maternal-Fetal and Neonatal Medicine, wanita yang makan vitamin E mengalami peningkatan pada ketebalan dinding rahimnya.
#2. Mengurangkan kesan PCOS yang buatkan anda susah hamil
Vitamin E juga membantu masalah PCOS. Kalau ada PCOS, susah sikit nak mengandung. Sebab dia kacau sistem reproduksi wanita.
Wanita yang mengalami PCOS akan mengalami masalah hormon androgen yang berlebihan serta terjadinya insulin resistant.
Jadi digalakkan ambil Vitamin E untuk mengurangkan kesan PCOS yang buatkan anda susah nak hamil.
Period normal kembali & hormon pun jadi stabil.
#3. Sebagai antioksidan
Vitamin E merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik untuk kesuburan.
Sebab ia kurangkan oksigen reaktif.
oksigen reaktif menyebabkan sel yang hasilkan telur rosak
Maka dengan pengambilan Vitamin E dapat melindungi sistem reproduksi serta menjaga kesihatan rahim.
#4. Melancarkan peredaran darah
Selain itu, vitamin E juga bermanfaat sebagai antikoagulan. Antikoagulan akan mencairkan darah yang membeku di area pinggul dan rahim wanita.
Dengan begitu, peredaran darah di rahim jadi lancar sehingga boleh meningkatkan ketebalan rahim
Fungsi Vitamin E untuk suami:
Vitamin E juga sangat baik untuk suami meningkatkan kesuburan beliau.
Masalah tak subur di kalangan suami juga disebabkan oleh radikal bebas yang tinggi dalam badan.
Jadi bagaimana Vitamin E meningkatkan kesuburan para suami?
#1. Meningkatkan pergerakan sperma
Salah satu manfaatnya adalah meningkatkan kemampuan sperma bergerak dengan laju berdasarkan kajian Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review.
Berdasarkan kajian tersebut kualiti sperma terutama pergerakan sperma meningkat sekiranya suami makan Vitamin C dan Vitamin E setiap hari.
Ini akan meningkatkan peluang untuk hamil.
#2. Menambah jumlah sperma
Manfaat lain Vitamin E untuk suami ialah meningkatkan jumlah sperma. Ini akan meningkatkan lagi peluang untuk si isteri hamil.
Kesimpulannya, suami dan isteri yang sedang berusaha nak dapatkan anak, boleh mula ambil VITAMIN E untuk meningkatkan kesuburan.
Selain itu suami dan isteri juga kena jaga pemakanan, masa subur dan jalani gaya hidup sihat. Doa semestinya setiap hari jangan tinggal tau.
Kalau nak dapatkan vitamin E dan cara makan yang betul boleh hubungi Ija, tekan SINI
0 Komentar